Monday, October 15, 2012

kringggggggg wake up baby

kalaulah kita tahu
setiap masalah yang mendatang itu
adalah loceng untuk kita bangun
selepas tidur nyenyak yang melenakan
selepas tidur nyenyak yang menyelesakan
tanpa gangguan....tanpa gangguan
kalaulah kita tahu

sering terdengar keluh-keluhan dahsyat
sering tersembur maki-makian tajam
sering terludah amuk-amukan perasaan
sering terduduk terpanar terkesima terkeciwa 
masalah kitalah yang paling bertimpa-timpa
kegembiraan kitalah yang paling tidak lama
kita kita sahajalah yang diduga segala

lupa
lupa pada hari-hari kita diberi hidup smooth tanpa masalah
lupa pada hari-hari kita diberi kegembiraan sedunia tidak terjangka
lupa pada hari-hari kita buat apa sahaja tiada cabaran menimpa
kita lupa...lupa hanya pada ...bila kita ditimpa masalah

kalaulah kita tahu
masalah itu tanda sayangnya Dia pada kita
manusia...begitulah

aku ini...juga orang yang terlupa
muhasabah diri iya
buatnya tidak juga
haih
haihhhhhh

kenapa masih berkeluh?
wake up baby girl

si pemimpi
xoxo
12.30pm
timbunan sampah


No comments: