Monday, May 6, 2013

Hari ini sekali lagi dalam sejarah

Aku sudah lama mencuba
Terhegeh2 dibuatnya
Sampai aku rasa penat

Kini giliran kau pula
Untuk rasa lelah

Tidak mengapalah
Kalau memang tiada rezeki
Memang inilah akhir yang adil

Pedih
Sakit
Tapi takpela
Takde rezeki

Pengalaman yang pernah ada
Aku mahu lupa
Sebab bila ingat
Pesta air mata jadinya

Manusia2 yang pernah hadir dalam hidup si gadis itu
Ternyata manusia2 yang malang
Bukan sahaja tak mampu bertahan
Malah letih untuk mempertahankan

Wahai arjuna yang gagah perkasa
Di manakah dikau tak pernahku berjumpa



Friday, May 3, 2013

hey kawan

hey kawan
kalau orang layan kita macam tahi
letak priority kita bawah kaki
kenapa kita masih nak peduli

hey kawan
kalau orang layan kita macam sampah
buat kita tidak endah
kenapa kita masih nak kisah

bodoh kan?
sebab tu kalau sayang berpada-pada
manusia yang boleh ambik berat pasal kita
susah senang sama-sama
hanya mereka yang ada kaitan darah 
percayalah



yang tak paham kenapa
may2013
2.07pm