Friday, June 14, 2013

Sombong

Perlahan-lahan
Selepas sekian lama
Segala apa impian
Harapan
Yang diinginkan
Dicita-citakan
Diangan-angankan
Sinarnya mula kelihatan
Perlahan-lahan
Tuhan beri apa yang aku mahukan


Kalaulah dengan tidak berdoa
Kufur nikmatnya
Lupa solat dan suruhannya
Dia masih berlaku adil
Memberiku sebuah impian dan kenyataan
Betapa sombongnya aku
Untuk tidak melaksanakan suruhanNya

Maha suci Allah
Maha suci Sang Pencipta

Bayangkan pula
Kalau kita akur taat dan patuh
Doa zikir tak pernah jemu bertamu
Bayangkan berapa besar pula
Nikmat yang kita dambakan
Yang akan Dia berikan

Berhenti sombong
Kita ini kerdil
Tanpa Dia
Kita ini tak pernah ada

Lupa dan alpa
Itu manusia
Sedar dari terleka
Itu nikmatnya

Sigh!