Tuesday, March 6, 2012

sweet mystery

aku baru sahaja menerima satu kad jemputan perkahwinan dari seorang sahabat...oh sudah bernikah sahabatku ini...dia ingin menjemputku ke majlis resepsinya... gembira sekali si pengantin baru..senyuman ceria sentiasa melatari setiap kata-katanya..matanya bercahaya...cahaya bahagia...dan melihat wajahnya yang ceria..aku turut bergembira untuknya... ye aku ini orangnya begitu cepat teruja...teruja dengan benda-benda yang orang lain mungkin tidak rasa apa-apa..

bersamanya seketika..sempat aku mengorek rahsia percintaannya yang tidak berjaya aku hidu sebelumnya.. 

6 bulan..usia perkenalan suami isteri baru ini...sebulan kenal...sang suami membawanya berjumpa ibu bapanya...dua bulan kenal...sang suami mengajaknya bertunang...dia, yang pada mulanya ragu-ragu akhirnya bersetuju atas nikmat terjawab solat istikarahnya... maha suci Allah...3 bulan selepas itu..mereka akhirnya bernikah...bernikah dihadiri cuma sanak saudara terdekat...dan kini barulah mengajak untuk resepsinya..

6 bulan...dan mereka kini suami isteri sah..direstui kedua belah keluarga...indah bukan main.. tapi sempat aku menitipkan soalan untuknya...kau kenal betulke laki kau ni? agak-agak dia pembunuh upahan tak? perogol bersiri? ke ada penyakit kulit berjangkit? skeptik...biasalah aku ini skeptik... 

tapi dia menjawab tenang...aku dah kenal setakat 6 bulan itu...untuk aku tahu dia sesuai dijadikan ayah kepada anak-anakku kelak...dan biarlah lepasni aku kenal dia lebih melalui perkahwinan yang halal untuk kami ini...mudah-mudahan Allah memberiku dia sebagai anugerah yang paling indah...kalaupun dia dihadirkan sebagai ujian untukku..aku telahpun redha...

maha suci Allah...ya...wujud org seperti sahabatku ini...kagum sekali aku dengan dia....lalu skeptik itu terus hilang jauh-jauh...jodoh ...apa kita mahu buat kalau jodoh itu memang telah ditetapkan...



maka untuk itu..aku telah mengambil satu kesimpulan yang ampuh tetapi mungkin tidak jitu...

jodoh itu ~ sesuatu yang misteri...sangat-sangat misteri ..tetapi indahnya subhanallah... bercintalah bagai nak rak terberak-berak... bersayang-sayanglah siang malam pagi petang membawa semula ke malam..berindu-rindulah setiap waktu i love u i miss u... keleklah..tayanglah..heretlah ke sana sini bf/gf mu itu...kalau memang ditakdirkan dia itu bukan untukmu...maka bukan untukmulah... tetapi kalau dia itu memang tercipta untukmu,,,sembunyiklah di bawah batu macam patrik sekalipun...jodoh itu akan tetap menemukan mu... walaupun dalam fikiranmu..agak mustahil ada jalan untuk kamu dipertemukan...

bukankah itu misteri??? indah bukan main misterinya.. aku ingin menemukan misteri sebegitu...tetapi entahlah...sebab terlalu misteri...sampaikan ianya jadi teka teki... adakah memang akan terus bersendiri? atau misteri itu akan kekal sebagai misteri hingga ke mati... tapi indahnya masih bukan main.. :D

oh i love this amazing world ;)
and love...is just beautiful...!
p/s : yang halal itu masih tetap yang terBEST..oh indahnya bukan main
p/s/s : mahukah kau menjadi yang halal untukku?? wink2


No comments: