Monday, June 9, 2014

Malu ke?

Kadang-kadang rasa malu nak mintak macam-macam dengan Tuhan. Apa yang Dia beri tidaklah setimpal dengan amalku yang rongak di sini sana. 

Namun, tanpa mengharap ihsan dan kasih sayangNya...kepada siapalah lagi boleh meminta belas kasihan. Kerana Dia lah juga yang akan memakbulkan hatta menolak segala impian dan permintaan. 

Sebagai manusia yang lemah..doa sahajalah senjata yang paling berkuasa. KepadaNya meminta ..KepadaNya berharap ..KepadaNya merayu dan memohon ampun maaf. 

Dengan harapan segala yang gelap..segala yang cacat..segala yang cela dan segala yang jelek akan diberi cahaya..akan dapat sedikit kesempurnaan..akan dipadam dan diberi ruang untuk kembali putih bercahaya. 

Dan dengan doa itu..diharap segala yang diharap di dalam hati..dipinta secara lisan..diinginkan berkurun lama akan diperkenankan olehNya

Siapalah kita tanpa doa? 
Siapalah kita kalau sombong tidak meminta pertolonganNya? 

Oleh itu..walaupun amal ku ini rompong compang dan camping..walaupun maluku ini setinggi gunung antara gunung.. Namun tidak pernah penat dan tidak pernah jemu untuk aku meminta. Kerana yakin Kasih SayangNya kepada hambaNya seluas lautan tiada tepinya

Dengan syarat..andai malu dibiarkan malu sahaja tanpa usaha.. Tidak berguna juga menjadi hamba yang hanya tahu meminta. 

Amalan tidak akan bertambah hanya dengan kata-kata


No comments: