Tuesday, June 17, 2014

Kaca atau permata?

Saya percaya
Kalau betul yang namanya kawan
Biar berapa lama tak berjumpa
Biar berapa lama hilang tanpa berita
Bonding itu tetap ada

Ternyata
Lepas bertahun
Baru terdengar khabar berita
Kemesraan dan kegilaan
Tidak sirna
Rindu bertambah dengan bertambahnya usia
Ambil berat tetap sama macam mula-mula

Itu yang betul namanya kawan

Saya percaya juga
Wujudnya kawan yang berkepentingan
Wujudnya kawan yang lebih kepada update tentang kehidupan
Untuk memberitahu betapa hebat dia
Wujudnya kawan yang tidak suka melihat kesenangan kita
Malah saya percaya juga
Wujudnya kawan yang mengata-ngata kita bila tidak di depan mata
Yang paling parah
Wujudnya kawan yang menjauh kerana merasa lebih baik dari kita
Dan memilih-milih dengan siapa yang paling sesuai bertemankan dia

Kawan yang begini
Kawan bermusim namanya
Walau mungkin dia dekat di depan mata
Walau mungkin dia tersenyum depan kita
Hati-hati
Ada pisau mungkin sudah tertusuk di belakang kita

Kawan yang begini tidak akan melekat lama dengan saya
Kerana mereka tahu 
Yang saya tahu hipokrasi mereka

Syukur
Hanya ada sedikit kawan yang begini yang saya jumpa

Kawan-kawan sejati saya
Biar senyapnya lama
Biar tidak selalu bersua muka
Namun mereka adalah kawan yang ikhlas berdoa dan berbicara
Pernah bersama suka dan duka
Pernah menangis tawa sesama
Makan sepinggan tidur sebantal mandi bersama
Tiada dengki tiada cemburu buta

Kawan yang begini
Walau boleh dibilang dengan jari saya
Tapi saya bersyukur
Ditemukan dengan mereka 
Insan-insan terpilih yang akan kekal dalam ingatan dan doa saya

Saya juga percaya
Kalau betul kita ikhlas
Allah akan gantikan kaca yang hilang
Dengan permata yang lebih bernilai 

Dan kita pula sebaliknya perlulah menjadi permata instead of kaca kepada kawan-kawan kita

Insyallah 

*happy mode dapat contact balik kawan2 yang hilang bertahun-tahun lamanya ;) 







No comments: