Thursday, April 10, 2014

Persoalan diaju buat teman

Wahai kamu sahabatku yang lebih baik dari saya,
Ada soalan ingin saya ajukan, 

Adakah kamu merasa lebih baik dari saya? 

Kerana kamu bertudung litup 
Kerana kamu sering bermadah bahasa agama
Kerana kamu sering copy paste ayat-ayat al quran dan share ke facebook
Kerana kamu sering bercakap perihal dosa pahala syurga neraka
Kerana kamu sering bergaul hanya di kelompok kamu-kamu sahaja
Kerana kamu akan menghindari orang-orang macam saya


Adakah itu sebabnya kamu merasa kamu lebih baik dari saya?

Benar
Saya ini orang yang jauh lebih buruk dari kamu
Bertatih satu-satu menggapai ilmu
Melangkah satu ke depan
Berundur lima ke belakang
Sedar tapi sering tidak istiqamah

Benar
Saya ini orang yang jauh lebih buruk dari kamu
Dosa dikumpul setiap hari
Pahala belum tentu berisi

Tapi persoalan saya
Mengapa kamu sahabatku yang jauh lebih baik dariku ini
Menjauhkan diri dan bersikap bias terhadap saya yang jauh lebih buruk ini
Mengapa sering kamu berpandangan serong
Terang-terangan merasa diri lebih baik
Tidakkah kamu tahu
Sikap sombong riak dan takabbur itu 
Sangat tidak disukai oleh agama
Walaupun kamu itu jauh lebih baik dari saya

Saya yang jauh lebih buruk ini
Tidak suka memandang orang dari satu sudut sahaja
Tidak pula suka memandang2 rendah pada orang yang bernama manusia
Yang pegang amal kita
Yang hitung salah kita
Yang ukur buruk dan baik kita
Bukan kita wahai sahabatku yang kauh lebih baik dari saya
Tetapi Dia Yang Maha Esa

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang angkuh takbur bongkak dan riak
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang suka mengukur jahatnya orang

Sesungguhnya akhir kita semua nanti mati

Yang ikhlas bertanya,
Saya yang jauh lebih buruk dari anda


No comments: