nota ini nota lama...telah ku tulis dengan jiwa yang lara terluka... angkara mulut manis penuh dusta ..akibat lidah tidak bertulang tetapi bercabang dua...datangnya bukan dari ular berbisa.. tetapi dari manusia penuh nista...
nota ini ku tulis selepas tahunya aku tentang satu penipuan keji
nota ini nota tertulis dengan air mata dan penuh keluhan berat
nota ini nota tertulis dengan sejuta pertanyaan kenapa? kenapa? dan kenapa?
nasihatku satu...jangan percaya pada manisnya bicara... jangan percaya pada tindak tanduk yang terhijab dek mata ...tapi percayalah pada satu kuasa...percayalah pada DIA...kita dianiaya.. berdoalah agar terbuka hijab segala pembohongan di dunia
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Permintaanku kecil saja
Untuk rasa bahagia
Dengan cinta
Temanilah aku membaca buku
Biarkan kepalaku beralas perut buncitmu
Lalu diamlah sehingga mendengar bicaraku
Temanilah aku bernyanyi
Walau suaraku umpama mimpi ngeri
Kesanggupan mendengar itu pasti lebih bererti
Temanilah aku bersantap
Meski makanan tak sedap
Pasti lazat kalau kau suap
Temanilah aku dalam perkara yang bodoh-bodoh
Perkara lucu lagi dungu huduh
Andaiku melulu kau berilah aku lampu suluh
Temanilah aku ketika aku bisu
Tika kata-kata macam peluru berpandu
Tika wajah lebih manis dari tebu
Hatta lebih pahit dari hempedu
Temanilah aku ketika bergelak ketawa
Gurau senda melatari suasana
Ataupun ketika duka berlinang air mata
Saat bahagia sirna
Saat derita tiba
Saat dicelah hilang percaya
Temanilah aku saja
Kerna kekuatan adalah kita
Temanilah aku juga
Dalam setiap patah kata
Dalam setiap tutur bicara
Dalam setiap langkah penuh bergaya
Mahupun langkah yang goyah penuh tanda tanya
Untuk rasa bahagia
Dengan cinta
Temanilah aku membaca buku
Biarkan kepalaku beralas perut buncitmu
Lalu diamlah sehingga mendengar bicaraku
Temanilah aku bernyanyi
Walau suaraku umpama mimpi ngeri
Kesanggupan mendengar itu pasti lebih bererti
Temanilah aku bersantap
Meski makanan tak sedap
Pasti lazat kalau kau suap
Temanilah aku dalam perkara yang bodoh-bodoh
Perkara lucu lagi dungu huduh
Andaiku melulu kau berilah aku lampu suluh
Temanilah aku ketika aku bisu
Tika kata-kata macam peluru berpandu
Tika wajah lebih manis dari tebu
Hatta lebih pahit dari hempedu
Temanilah aku ketika bergelak ketawa
Gurau senda melatari suasana
Ataupun ketika duka berlinang air mata
Saat bahagia sirna
Saat derita tiba
Saat dicelah hilang percaya
Temanilah aku saja
Kerna kekuatan adalah kita
Temanilah aku juga
Dalam setiap patah kata
Dalam setiap tutur bicara
Dalam setiap langkah penuh bergaya
Mahupun langkah yang goyah penuh tanda tanya
Temanilah aku dengan tanpa berjanji pasti
Kerana janji boleh dimungkiri
Temanilah aku tanpa sumpah setia
Kerana sumpah hanyalah kata-kata
Temanilah aku tanpa mengemukakan bukti
Kerana bukti mampu dijual beli
Temanilah aku tanpa ada pengkhianatan
Kerana khianat adalah racun yang tak kelihatan
Temanilah aku tanpa bercakap bohong
Kerana bohong menghasilkan kegelapan lohong
Aduh!
Tetapi...
Temanilah aku dengan ikatan hati
Ikatan hati, sayang.. bukan ikatan kertas bercop jari
Ikatan yang hanya kita berdua boleh mengerti
Ikatan yang kita tahu kita tak rela cemari
Tanpa tutur, kita boleh saling fahami
Tanpa gerak, kita boleh berintuisi
Temanilah aku berjuang
Kata-kata sayang
Jangan dilelong pada semua orang
Ayat-ayat cinta
Jangan dijaja sebagai halwa telinga
Ungkapan rindu
Jangan disepah di sini sana situ
Ucapan I love you?
Owh sungguh bermakna pada jiwa dan bibirku
Bahagianya cinta kalau kau juga rasa begitu
Temanilah aku
Dan aku akan menemanimu
Seadamu
Waktu-waktumu
Bukankah kecil saja permintaanku?
Aku cuma mahu kau menemaniku
Sampai Syurga Yang Maha Satu...
why lie
if you can tell the truth?
why cheat
if its not love
just tell her the fricking truth
human! huh!
xoxo
~NLR~
31jan2010
1.26pm
booing the liar
No comments:
Post a Comment