Tiada lah dayaku juga sebagai hambaNya selain meminta belas ihsan dan perlindungan daripadaNya Yang Maha Kuasa..
Untukku berkelana di muka bumiNya
Untukku bertaddabur alam bersama anak tercinta
Untukku membawanya kenal erti kepelbagaian bahasa dan bangsa
Untukku menanam di jiwanya akan luasnya dunia ciptaanNya
Yang kita hamba sangatlah kerdil
Semoga umur pinjaman ini masih lama jangka hayatnya
Semoga umur si kecilku masih panjang untuknya meneroka
Semoga perlindungan Dia Yang Maha Penyayang bersama kami
Tiadalah daya upayaku
Sebagai hambaNya
Lenyapkan kebimbangan ini kiranya betul
Tunjukkan jalan yang benar sekiranya salah
Tiadalah daya upayaku sebagai hambaNya
Menyingkap hijab yang tak ternampak dek mata
Selain meminta belas ihsan dan perlindunganNya
2 comments:
mo berhijrah ke paris ka? hehe
Haha ndakla..mo jalan2 sham
Post a Comment