Wednesday, February 15, 2012

hari ini hari bertuah seluruh dunia

syukur masih dipinjam nyawa...pernah takut untuk mati menjelang hari jadi..dan ketakutan itu masih sentiasa sahaja menghantui.... mungkin sahaja di penghujung hari ini...

syukur masih dikelilingi manusia-manusia yang signifikan...penyokong dikala kejatuhan dan kesakitan.. semoga kita semua dilimpahi kesejahteraan...untuk hari ini dan masa-masa depan

momma, kasih sayangmu tidak terbanding.. pappa, pengorbananmu tidak terhitung..kalau aku menjadi anak tak tahu diuntung.... nauzubillah tak pernah kusemat dalam hati dan jantung

kawan-kawan suka dan duka...penyelit sedih ketawa...simpan ini dalam jiwa...tanpa kamu semua...aku ini cuma lukisan tanpa warna

kekasih hati arjuna jiwa...kau hadir dalam berjuta...maksudmu tak boleh ditutur dengan kata..belum tahu penghujungnya di mana...tapi aku percaya sesungguh2nya kuasa doa

oi noralina..kau sudah tua!!!


Genting in Wonderland

04 Feb 2012 ..


haha akhirnya apa yang dirancang berjaya jugak jadi kenyataan
setelah berlautan(langkawi) berhutan(pahang) berbukit(bukit tinggi) kami divertkan LOL,
Nana,Nora,Eka,Aien
this is our first trip for 2012.,, i called it awakening 2012 (fingercrossed) , hopefully it will not be our last trip
mcm2 dah dlm kepala hotak ni nak bejalan ,(ingat senang ke nak plan jalan2 ni ha puih)
sorang nak ke sana sorang nak ke sini :D 


pepagi bute lagi kami dah gerak ke KL ni , punyer semangat waja kekawanan nk pegi kan, sanggup menggeletor badan mandi kol 630pagi haha,
sampai KL terus amik LRT pegi ke gombak, sebab nye kunun2 kat gombak station tu senang dapat bas naik ke   atas, (senang la sangat puih) 


okay2, sampai2 je kat gombak, turun je, nak pegi tanya tiket, tu diaaa tu diaa, ada sorg mamat berbadan tegap,berperut 6packs (cume tak nmpak mana packnya), 
"dik dik nak pegi genting dik? bas pukul 12 ade, yang lain abes, baik adik beli tiket balik dulu sbelum abes jugak"
kiter org dah tercengang2, dlm ati "cilake ramai betul naik atas ni pesal" hahah


sesudahnyee.. after diskas2 ala2 persidangan umno ke 22, kami pun make a decision, menaiki Ferrari kaler hijau abg berbadan sasa tersebot, yg hanya mau dikenali sbagai Rizal (nana ada no. tipon beliau)
ada pun begitu, walaupun beliau ada iras2 Malek Noor jaguh bina badan negara, tidak le juge kami mendapat naik Ferrari dgn pecome, duit mentenen katenye (RM80 kawwww) 


Setelah jalan berliku2, bersimpang siyor, berlekok2, berlanggar2..tadaaaa sampailah kami
1st shot oleh paparazzi
sampai2 je kat atas, mak aih kemain lagi cuacaaaaa,,macam tamau sejuk nya,org kata mcm berada di London pada musim salji (nasib baik kami dah biasa dh setakat London tu kan)...disebabkan snowstorm kat atas tu, maka bnyaklah permainan yang dittup, tapi tghari2 sket ada la jugak yg kami dan main..
aih cita pun taguna lah , aku boh gmbaq ja,aku pon dah penat nak menaip :D


kat mana pon ada paparazzi , hangpa tak pecaya??

Jurassic Park doww, ko ade?

ala2 balik camping dari New zilen

kami besa dah jumpa salam ciom pipi lg dg n beliau

kalau duduk smeu nak duduk,tak kira la bontot muat tamuat :D

empat gadis ,,tajuk single ke 7 aku

maleh nk boh banyak2, nnt kang org kata aku gila glemer plak, nantikan album seterusnya,masih dalam rakaman lagi, a.k.a perancangan..
semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Tuhan yang Maha Esa..Insyaallah.. ♥

xoxo


because today is her day :)

masih segar lagi dalam ingatan
kali pertama berkenalan
si dia dgn rambut pendek
dan aku si rambut panjang

mula kenal malu malu
entah bila entah bagaimana
si asing menjadi umpama darah daging
walaupun kita tak sama fizikalnya
mentalnya tidak berbeza :D

sedangkan lidah lagi tergigit
apetah lagi si sahabat karib
langit tak kan selalu cerah
ada tersinggung rasa
ada terguris jiwa
adat dunia, kalau diikut hati mati
diikut rasa binasa..
dua sahabat dulu bersama
kini jauh terpisah
rumahnyaa.. bukan jiwanyaa (baca abis dulu bah.. :D )

susah dan senang
tangis dan tawa
pernah dilalui bersama
kalau bab berjalan memang dlm genggaman,
walaupun setiap kali mesti gagal
apa yang dirancang
tapi, jahatnya tidak, cuma kenakalan
semoga sentiasa dilindungi Tuhan..

acapkali hari ini tiba
tak pernah lagi dapat dirai bersama
tapi aku yakin dia tahu
tak pernah gagal ku titipkan ucapan
bersama doa
semoga segala kebahagiaan di dunia
menjadi miliknya ..

dari aku, sahabatmu
kita jauh dari mata
kita dekat di jiwa
xoxo

Have a very happy birthday my sweet friend, May ALLAH bless you always :)













Monday, February 13, 2012

si pengikut setia

Allahuakbar Allahuakbar
waktu subuh, panggilan Tuhan kepada si ciptaan
bangunlah insan,tunaikan kewajipan
tapi dia?
menarik selimut, tenggelam dalam kesejukan
tapi dia adalah
si pengikut setia..

ada seorang kawan berpesan
tidak kasihankah engkau kepada ayahanda
yang acap kali menasihati
tinggalkan yang buruk, kejarlah kebaikan
dunia hanya pinjaman,
di depan  ya ya,,di belakang..ahhh pedulikan
kerana dia
si pengikut setia

jangan pegang pegang
duduk renggang renggang
kata si pemuisi lagu Suhaimi Meor Hassan
duduk dekat dekat
genggam erat erat
pasti nanti kau dapat
tertipu dengan tipu muslihat
akan tapi
si pengikut setia.. ikut yang di akal bukan di mulut

si pengikut setia

tahu tak siapa
aku lah.. aku
aku adalah si pengikut setia



nak join club saya?


i wish its just a fiction

No. I am not thinking straight.
No. I am not breathing normally.
No. I am not okay.

Negativity haunts. I just need to write. I just need to express it. the hell with grammar

My hands are shaking. My body is trembling.  My mind is empty. All of sudden, It felt so quite. I can see people crying, talking, hugging, praying but I can’t even hear a single sound. They talked to me, I can see they mouth moving but I didn’t know what they said.

Kun fayakun..kun fayakun

I don’t know what to do. I don’t know what to say. I don’t even know what I should do with both my hands and legs. I just sit there. At the very corner..embracing myself with stupidity. I am wearing your favourite baju kurung and black scarf you always wore whenever we went to kenduri or mesjid.

I never expect you will leave me so soon. Never expect it to be these soon. I just can’t accept that you will not be around whenever I need someone to talk to. To share stories..to laugh at stupid jokes and to be just laying there and not even says a single word.

Do you still remember under that giant tree at your front yard,  you said to me, don’t worry dear..i will be here..Standing next to you..To protect you from this scary world and we both laughed. But deep down, I know you meant it. You really meant it. And I promise to look after you, even if you are old, stinky and ugly. Even if nobody else want to be next to you in 100 meters..that I will never leave you alone and I don’t care to wear those stupid mask. And we both laughed even louder.

we made our promise..Never leave anyone behind. Kait kelingking

Today, I saw you lay there. Kaku. Batu. No pulse. No smile. No laugh. No jokes.

Why cant you wait for me for another minute to just say goodbye. Why cant you wait for me until the very end you saw this world. Why cant you wait for me to hold your warm hands. Why cant you just wait for me to say you’ve being such a wonderful human being and friend. Why cant you wait for me to hug you and tell you how much you really meant in my life. Why cant you just wait for me to keep my promise… that I will never leave you alone.   why just cant you ……

I know. I should stop all this rambling before I start to not accepting the qada n qadarNya. Kun fayakun. Innalillah wa inna ilaihi rajiun….for all this while..it is easy to say those words..drpdanya kita datang..kepadanya kita kembali..but then..when it comes to someone so close..its really hard to chew. ..and much harder to spit.
I have to admit ive nothing much left but that annoying bit of faith and patience.

Its so sad to look around and seeing all the preparation u’ve made for ur big day. The hantaran, the wedding dress, the beautiful night gown youve planned to wear on your first night and the present youve made yourself for your future husband. Its just couple of days left until u become a wife.  Its just so sad.

I didn’t count how many times your mummy fainted. I couldn’t even look at Haris’s face. It was just too painful. He was trying so hard to look calm but his tears never gave him a chance. He was trying to read the yassin but he had to stop like hundred times. berwudhu and tried somemore.  He looked like a lost kid.

And here I am. stupid and dumb. There is nothing I could do except looking blur in many ways. Blame on stupid pms. I can only pray in my heart that you will have His blessing. I promise always to pray for you. I promise. No one left behind.  Even now we are separated in two different worlds.

I saw them lifted you up and took you away from me. I miss u. I miss u so much.
Why do you have to go? While here I am, have to face the scary world all by myself?

Kun fayakun. Innalillah wa inna ilaihi rajiun. Give me strength Allah..just give me  strength

I am so tired. I just need some rest. i want to sleep.
And hoping when I wake up..you will be here.. next to me.

I want to sleep..wishing and hoping its just another bad dream..its just another bad dream..its just a bad dream.

written on Tuesday, December 21, 2010 at 7:58pm ..the night when my bestfriend passed away :( rest in peace sayang..May Allah be with u always. missing u


Tuesday, January 17, 2012

Sunday, January 8, 2012

muhasabah

nafas pendek
gerak sekat
lemah sendi
gigil otot

selera mati
mood lari
otak lembap
mata sembap

indahnya sihat ketika sakit

........

keluh tidak berguna
sakit umpama anugerah
ingatan untuk yang terlupa
yang berkuasa itu tidak pernah kita
tapi Dia Yang Esa

ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara
malangnya selalu benar lupa
sehinggalah diberi ujian sekecil biji saga
barulah termengadah

manusia... lalainya bukan mainan

berikan aku ujian jika aku melupakanMu Ya Allah
dan Dia tidak pernah mungkir
sayangNya kepada hambaNya tidak terbanding

Alhamdulillah! Syukur!!!!